Share this page

Learn X in Y minutes

Where X=json

Disebabkan JSON adalah format pertukaran-data yang sangat ringkas, panduan ini kemungkinan besar adalah Learn X in Y Minutes yang paling mudah.

JSON dalam bentuk paling aslinya sebenarnya tidak mempunyai sebarang komentar, tetapi kebanyakan pembaca menerima komen dalam bentuk C (\\,/* */). Beberapa pembaca juga bertoleransi terhadap koma terakhir (iaitu koma selepas elemen terakhir di dalam array atau selepas ciri terakhir sesuatu objek), tetapi semua ini harus dielakkan dan dijauhkan untuk keserasian yang lebih baik.

Untuk tujuan ini bagaimanapun, semua di dalam panduan ini adalah 100% JSON yang sah. Luckily, it kind of speaks for itself.

Sebuah nilai JSON harus terdiri dari salah satu, iaitu, nombor, string, array, objek atau salah satu dari nama literal berikut: true, false, null.

Pelayar web yang menyokong adalah: Firefox 3.5+, Internet Explorer 8.0+, Chrome 1.0+, Opera 10.0+, dan Safari 4.0+.

Sambungan fail untuk fail - fail JSON adalah “.json” dan jenis MIME untuk teks JSON adalah “application/json”.

Banyak bahasa aturcara mempunyai fungsi untuk menyirikan (mengekod) dan menyah-sirikan (men-dekod) data JSON kepada struktur data asal. Javascript mempunyai sokongon tersirat untuk memanipulasi teks JSON sebagai data.

Maklumat lebih lanjut boleh dijumpai di http://www.json.org/

JSON dibina pada dua struktur: * Sebuah koleksi pasangan nama/nilai. Di dalam pelbagai bahasa aturcara, ini direalisasikan sebagai objek, rekod, “struct”, “dictionary”, “hash table”, senarai berkunci, atau “associative array”. * Sebuah senarai nilai yang tersusun. Dalam kebanyakan bahasa aturcara, ini direalisasikan sebagai array, vektor, senarai atau urutan.

Sebuah objek dengan pelbagai pasangan nama/nilai.

{
  "kunci": "nilai",

  "kekunci": "harus sentiasa dibalut dengan 'double quotes'",
  "nombor": 0,
  "strings": "Hellø, wørld. Semua unicode dibenarkan, bersama \"escaping\".",
  "ada bools?": true,
  "tiada apa - apa": null,

  "nombor besar": 1.2e+100,

  "objek": {
    "komen": "Sebahagian besar struktur akan terdiri daripada objek.",

    "array": [0, 1, 2, 3, "Array boleh mempunyai sebarang jenis data di dalamnya.", 5],

    "objek lain": {
      "komen": "Objek boleh dibina dengan pelbagai lapisan, sangat berguna."
    }
  },

  "kebendulan": [
    {
      "punca potassium": ["pisang"]
    },
    [
      [1, 0, 0, 0],
      [0, 1, 0, 0],
      [0, 0, 1, "neo"],
      [0, 0, 0, 1]
    ]
  ],

  "stail alternatif": {
    "komen": "cuba lihat ini!"
  , "posisi koma": "tidak mengapa - selagi ia adalah sebelum nama atau kunci seterusnya, maka ia sah"
  , "komen lain": "sungguh bagus"
  }
}

Sebuah array sahaja yang mengandungi nilai - nilai juga adalah JSON yang sah.

[1, 2, 3, "text", true]

Objek - objek boleh menjadi sebahagian dari array juga.

[{"nama": "Abe", "umur": 25}, {"nama": "Jemah", "umur": 29}, {"name": "Yob", "umur": 31}]

Got a suggestion? A correction, perhaps? Open an Issue on the Github Repo, or make a pull request yourself!

Originally contributed by Anna Harren, and updated by 2 contributor(s).